Roti Canai Christchurch

Friday, August 1, 2008

The Prayer - Josh Groban and Andrea Bocelli

Roti SARDIN dan Roti PISANG! OWH YEAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jualan roti canai pada minggu ini diteruskan lagi seperti biasa. Memperkenalkan, ROTI PISANG dan ROTI SARDIN. Seindah namanya, Roti Pisang berintikan pisang yang lembut, masak sebiji diatas peti. Haha. Roti SARDIN pulak,hmmm..ada sardin la dalam tu..noktah. Haha.

SOOOOOOO, apa tunggu lagi, order la skrg. Nanti abes kang, melepassss pulak..Sejuk2 hujan cenggini seghonok kalau dapat pekena roti canai panas2...MMMMMM..sedapnya..

Berikut adalah senarai harga untuk makluman tuan2 dan puan2:
Roti Canai: $2.50
Roti Telur: $3.00
Roti Boom: $3.00
Roti Pisang: $3.00
Roti Sardin: $3.00
Teh Tarik: $1.00

Kombo Mesra-di-hujung-minggu:
1 Roti Canai dan
1 Roti Special( pilih antara Telur, Boom, Pisang atau Sardin) dan
Teh Tarik
: $5.50


Kombo Mesra-di-hujung-minggu tanpa Teh Tarik
: $5.00

Pesanan boleh dibuat melalui "handphone" anda, txt kan order anda ke 0210487172 (Rahim), 0210384549 (Yazid) atau 02102300005 (Aliff Shah). Pesanan juga boleh dibuat melalui Yahoo Messenger kepada Yahoo ID: siberx_5061.

Tempahlah skrg..Selagi stok masih ada..=)

Friday, May 23, 2008

Roti CANAI kembali lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Yeahhhhhh!!

Assalamualaikum.

Roti canai kembali lagi..Best gile..Ada roti canai, roti telur, roti boom, dan teh tarik..
Harga? Macam biasa lah..Rujuk post sebelum ni untuk harga ye..

Kitorang try nak deliver lagi awal minggu ni..So lepas makan roti canai, korang boleh g training for Bersatu Games.Yeay!

Apa lagi, tempah lah skrg..

Rahim 0210487172
Yazid 0210384549
Aliff 02102300005


*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada..Hahahaha..Gurau je..
Order la skrg..Lagi awal order, lagi cepat sampai..Hehe..

Have a good week!

Friday, May 2, 2008

Roti Canai Yang Panas Dan Enak di kala kesejukan winter..


Nikmatilah kelazatan ROTI CANAI kami di hujung minggu. Sejuk2 winter ni, memang sedap kalau pekena roti canai and kuah kari.

Istimewa minggu ini: Kopi Ali Cafe Tongkat Ali, di import khas dari Malaysia. Hanya $1.50 sepeket.

Jualan roti canai tetap diteruskan seperti biasa.
Harga istimewa untuk anda:

Roti Canai: $2.00
Roti Telur: $2.50
Teh Tarik: $1.00
Roti Boom: $2.50

Kombo Meal Gembira-di-hujung-minggu-musim-salju:

1. Order satu roti canai, satu roti telur dan satu teh tarik dan bayar $5.00 sahaja. Anda jimat 50 sen.

Roti canai 1, roti telur 1, teh tarik 1 === $5


2. Order satu roti canai, satu roti boom dan satu teh tarik dan bayar $5.00 sahaja.
Anda jimat 50 sen.

Roti canai 1, roti boom 1, teh tarik 1 === $5

Tempahan boleh dibuat sekarang. Di atas sebab kapasiti perniagaan kami masih kecil, kami hanya mampu menyediakan 55 keping roti canai@telur@boom. Silalah buat tempahan awal ye.

Rasailah kelazatan ROTI CANAI kami. Gerenti puas hati.


Abdul Rahim Ibrahim
Ahmad Yazid Hamdan
Aliff Shah Azman Shah

"Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah. Begitulah sehari dalam hidup kita. Mudah-mudahan dirahmati Allah"

Wednesday, April 23, 2008

Toooora datang laaaagi dengan permainan robot guliiii...

Haha..teringat pulak masa kecik2 dulu, aku selalu beli Tora, Jojo dan Dendang..
Pastu dapat mainan kecik and cokolat bebola..haha..Hari tu masa aku balik Malaysia, anak sepupu aku mintak aku belikan "coklat kotak"..aku pon x faham apebende la coklat kotak tu..rupenya Jojo..Tak sangka pulak lepas 12 tahun, Jojo masih dijual pada harga $2.00 sekotak..
Seronoknya kalau ada Jojo kat New Zealand..hehehe..
Berbalik kepada topik asal blog ni..




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jualan roti canai akan diteruskan lagi pada hujung minggu ini, Ahad 27 April 2008.
Kali ini kami akan memperkenalkan jualan kombo istimewa untuk para peminat roti canai kami.

Senarai Harga:
Roti Canai: $2.00
Roti Telur: $2.50
Teh Tarik: $1.00
Roti Boom: $2.50

Kombo Meal Gembira-di-hujung-minggu:

1. Order satu roti canai, satu roti telur dan satu teh tarik dan bayar $5.00 sahaja. Anda jimat 50 sen.

Roti canai 1, roti telur 1, teh tarik 1 === $5


2. Order satu roti canai, satu roti boom dan satu teh tarik dan bayar $5.00 sahaja.
Anda jimat 50 sen.

Roti canai 1, roti boom 1, teh tarik 1 === $5

Tempahan boleh dibuat bermula esok Jumaat 25 April sehingga Sabtu 26 April pukul 10 malam. Di atas sebab kapasiti perniagaan kami masih kecil, kami hanya mampu menyediakan 70 keping roti canai@telur@boom. Silalah buat tempahan awal ye.

Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita yang graduate tempoh hari,antaranya termasuk Saudari Fara, Aufa, Mizah dan Fiqah. Semoga berjaya di dalam mencapai cita-cita anda pada masa akan datang.

Salam housewarming juga saya kirimkan buat saudari Anis, Yani dan Ad. Semoga rumah Newbridge dan penduduknya sentiasa diberkati Allah s.w.t.

Akhir kata, sekadar peringatan dan pesanan buat saya dan para pembaca sekalian. Teliti tertib Rasulullah di dalam soal makan dan minum. Mulakanlah dengan Bismillah, basuhlah tangan sebelum makan, dan gunakan 3 jari sahaja. Mudah-mudahan mendapat berkat dan kasih sayang Allah dan Rasul-Nya.

Sekian, selamat menjamu selera.

Abdul Rahim Ibrahim
Ahmad Yazid Hamdan
Aliff Shah Azman Shah

Saturday, March 29, 2008

What people say about our Roti Canai Christchurch..

Hi everyone,

I just want to share with all of you what people have been saying about our Roti Canai so far.

"Roti bom sedap gle! Tp kuah kalo pekat lg mantap la.N kalo korang rajin buat la sambal skali. Mesti layan gle. Haha" - Farid Anwar

"Sedap gler! thnx mamak! :p" Annina Ramly

"memang rasa Malaysia" - Hafiz Zainal @ Bearer

So to guys that have tasted our roti canai, roti telur, roti boom or teh tarik, simple send me a comment on the comment section below. Your feedback is greatly appreciated.

Thank you so much on behalf of me, Yazid and Aliff.

Thank you!!!

Friday, March 28, 2008

Istimewa minggu ini: Roti boooooooooooooom!


Rasailah kelazatan roti booooooooooooooooooooom yang semestinya membuat hari hujung minggu anda lebih bermakna. Aroma mentega yang lazat dan rasanya yang manis sangat sesuai untuk dimakan sambil bersantai dihadapan computer melihat anime, membaca komik, mengusyar barang di TradeMe dan juga mengulangkaji untuk test minggu depan. Hehehe..

Harga istimewa : $2.50 sahaja. Selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk merasai keenakan roti boom ini. Tempahlah sekarang.

Roti canai dan roti telur turut dijual setiap minggu.

Tempahan boleh dibuat melalui YM or txt kepada kami:

Rahim: 0210487172
Yazid: 0210384549
Aliff: 02102300005

Terima kasih dan bon apetit!

P/S: Untuk rakan-rakan yang beragama Islam, jangan lupa baca bismillah ye. Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam