Roti Canai Christchurch

Friday, March 21, 2008

Siapa yang jual roti canai dan teh tarik ni???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih sbb datang tgk blog ni. Minggu ini merupakan minggu jualan pembukaan kami ataupun "launching". Kami bertiga telah bersetuju untuk bergabung tenaga dan bakat masing-masing untuk membawakan masakan Malaysia yang popular ini ke bumi Christchurch, dengan harapan masyarakat di sini khususnya para pelajar dapat menikmati Roti Canai dan teh tarik yang sangat enak.

Buat pengetahuan semua, roti canai kami akan ditebar oleh saudara Ahmad Yazid Hamdan a.k.a Yazid. Beliau sangat berpengalaman dalam menebar roti canai dan telah menebar untuk CMSA dan juga aktiviti housewarming sebelum ini.

Teh tarik pula akan di"tarik" dan disediakan oleh saudara Aliff Shah Azman Shah @ Alep. Teh tarik beliau telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di beberapa gathering PETSOC kerana keunikan rasanya yang terbukti lain dari yang lain.

Peranan saya di dalam perniagaan ini pula adalah sebagai seorang usahawan Malaysia yang mempunyai misi untuk menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia di Christchurch ini terlibat dalam bidang keusahawanan. Saya telah berniaga kecil-kecilan sejak di zaman sekolah menengah lagi di mana saya menjual battery AAA untuk radio "transistor", roti bakar, jual dadih, air tin semasa sukaneka, macam2 lagi lah.. Jadi, dengan pengalaman yang sedia ada inilah kami tubuhkan perkongsian ROTI CANAI CHRISTCHURCH ini.

Jadi begitulah sedikit sebanyak pasal kami bertiga. Sebarang feedback yang memberangsangkan amatlah dialu-alukan. Silalah tinggalkan komen anda di ruangan komen dibawah atau hubungi nombor telefon saya: 0210487172.

Labels:

1 Comments:

Blogger liyana said...

hi. it's amazing! kagum with u ppl's effort. bgs2! keep it up man.
p/s: make sure basuh tgn dlu b4 menguli roti canai. haha :D jokin.

March 22, 2008 at 5:59 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home